top of page

PATROL DENGGI

 

Program â€˜Dengue Patrol‘ adalah sebuah program kemasyarakatan yang diadakan oleh Sanofi Pastuer, bahagian vaksin dalam kumpulan Sanofi. ia sebahagian dari komitmen berterusan Sanofi Pastuer untuk mengambil langkah proaktif melibatkan pendidikan dan penyertaan orang ramai terutamanya generasi muda dalam meningkatkan kesedaran tentang denggi dan juga kesihatan awam serta mempromosi langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas terhadap penyakit ini.

Denggi Patrol adalah usahasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Sanofi Pastuer. Initiatif Denggi Patrol menggalakkan dan memperkasa murid-murid sekolah rendah untuk memerangi denggi. Mereka akan diajar tentang betapa seriusnya penyakit ini, penyebarannya dan langkah pencegahan denggi dan seterusnya mempelopori aktiviti pencegahan denggi dalam komuniti terdekat dengan sekolah masig-masing seperti kawasan perumahan berhampiran. Aktiviti akan ditaja dan disokong oleh Sanofi Pastuer.

HUBUNGI KAMI :

07-354 8535

RASIONAL
 
Memberi kesedaran tentang masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan mengawal dan mencegah demam denggi. Ia juga akan mendatangkan manfaat dan membantu membawa kesedaran mengenai bahaya denggi kepada para pelajar dan masyarkat sekitar.
 
MATLAMAT
 
Memberi pendedahan kepada murid-murid agar mengamalkan penjagaan kesihatan kebersihan khususnya di persekitaran rumah dan diri mereka.
 
 
OBJEKTIF
 
  • Mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap denggi dengan seruan untuk bertindak bagi mengurangkan kes denggi dan angka kematian akibat denggi.
  • Untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usaha mengubah gaya hidup.
  • Mengenali nyamuk aedes dan tempat-tempat pembiakannya.
  • Mengawal dan mencegah demam denggi.

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

bottom of page